Friday, September 16, 2011

Johnny English Reborn (2011)








Dia tak tau takut! Dia tak peduli bahaya! dia tak tau apa-apa!

Gua dah tak ingat sangat cerita dia dalam movie first dulu. mmm... bukan tak ingat sangat, tak ingat langsung!

Tapi kali ni rasa macam tak sabar sangat nak tengok sequel ni, tengok trailer dia pun macam lawak tak ingat punya.

sesapa yang suka Mr. bean mesti suka tahap Gaban punya.

Gua tak layan sangat Mr. Bean sebab gua rasa lawak dia macam slapstik, lawak bodoh ar pendek kata. tapi ada jugak lawak-lawak dia yang buat gua gelak sampai meleleh air mata.

Bila dia bawak karekter Johnny English, gua rasa bukan Rowan atkinson yang berlakon tapi Mr. Bean yang berlakon, jadi pada gua, bila berlakon, Mr. Bean tak buleh bawak karekter "diri sendiri" tapi membayangkan manusia yang bersifat macam Mr Bean bila kena berlakon bawak karekter yang lain dari karekter diri, gua rasa teruja, macam best je.

Gua rasa movie ni mesti layan gila sebab gua rasa dah lama dah tak banyak movie lawak yang bebetul lawak dalam setahun dua ni, yang gua ingat lawak yang ada setakat ni lawak Jack black, lawak The Rock, lawak Steve Carell, lawak Zizan dan Shahizey Sam. Gua malas nak sebut lawak badut Senario dan Apek la (mintak maaf), gua memang tak boleh blah dengan lawak diorang ni, meremang bulu tengkok rasa.

Cerita Johnny English kali ni start macam cerita Batman Returns dulu la lebih kurang, Mr Bean ni ada kat Cina   (kot) pastu belajar kung fu pastu sambung balik ke karekter ala James Bond dia sebagai agent MI7 (James Bond MI6).

Tugas dia kali ni nak halang satu orang jahat dari bunuh satu ketua negara dekat persidangan ketua-ketua negara.

Jadi gua rasa semua orang patut tengok cerita ni, gua rasa tak kuciwa punya lah,

tapi... hari ni Jumaat, kalau setakat baru nak cari tiket nak tengok hujung minggu ni gua ingat tak payah la.. tiket mesti dah sold out punya, jadi sama macam gua yang tak dak usaha nak cari tiket lagi ni gua cadangkan kita pegi tengok cerita ni minggu depan jelah..

jadi... jumpat di sana... sana... sana.. sana...sana..........

!^_^

-kataminda-

No comments:

Post a Comment