.
Masa dulu-dulu kalau start je kartun ni, ramai-ramai gua dengan dua tiga orang lagi kengkawan gua cepat-cepat booking port kat depan TV orang... di rumah orang... sebab geng dengan anak orang lain yang rumah dia ada TV. rumah gua tak ada TV lagi masa tu.
Perrggghhh... old skool gila gua ^_^!
OK! Cerita Conan ni cerita baru, 3D (wuiyoooo...!), pastu langsung takde kaitan dengan filem Conan tahun 90-an dulu lakonan Arnold Susahnakheja. ini bukan cerita kuning kusam berdebu macam cerita encik Arnold tu ye, ini cerita bling-bling, gambar dia tajam (sharp) tahap full HD p1080, pasti memukau pandangan semua!
Cerita dia pasal sorang manusia jahat bernama Khalar Zym yang kalau dah jahat tu mestilah takde hobi lain selain nak takluk dunia. Zym nak kumpul cebisan-cebisan topeng magik yang bila digabungkan balik kesemuanya dapat bagi dia kuasa yang hebat tahap melampau. di dalam kerakusan dia nak capai cita-cita dia tu banyaklah dia tindas orang, bunuh orang, rosakkan harta benda orang dan kejahatan-kejahatan yang sewaktu dengannya.
Antara mangsa kekejaman Zym tentulah hero kita tu Encik Conan. Habis satu kampung Conan Zym bunuh kecuali hero kita si Conan ni lah, kalau dia bunuh Conan, mestilah tajuk cerita ni jadi Zym the Conqueror.
Disebabkan Conan ni dibesarkan oleh bapak dia yang dulu berlakon jadi Hellboy (Ron Perlman) maka Conan ni hebatlah seni bermain pedang dia, jadi sebab didikan murni bapak dia Conan ni jadi sorang pahlawan yang ganas. Wawasan hidup Conan, nak balas dendam kematian bapak dia dan bunuh Zym.
Dalam proses nak balas dendam tu Conan jumpa dengan satu awek nama Tamara, awek ni di buru oleh Zym sebab awek ni di kategorikan sebagai darah suci yang Zym perlu untuk aktifkan magik topeng yang di gabung dari cebisan yang dia carik sebelum ni. Conan selamatkan Tamara mas diburu oleh orang-orang Zym, Sebab Conan hero dan Tamara ni awek maka kedua-duanyapun saling mencintailah ceritanya.
sedikit sebanyak cerita dia macam tu la, sebab kalo dah tau abis cerita dia sapa lagi yang gua nak ajak tengok wayang.
Tapi... TUNGGUUUUU....
ikut review kritik yang gua baca, cerita ni sangat mengecewakan, selain dari kemajuan visual effect, takde perkara lain yang para kritik buleh puji kat sini. Penyampaian cerita tak memuaskan, Lakonan hambar dan dialog (skrip) tak bersesuaian dengan latar belakang zaman dan situasi cerita. Kalau ikut IMdb punya rating, cerita ni dapat 5.3 mata sahaja daripada 10.
Apa pun pengkritik adalah manusia kritis, mungkin tak sama dengan kita, kalau dah habis tak tahu nak buat apa hujung minggu ni, pegi lah panggung wayang, buat apa yang patut, tapi amaran gua, tak payahla nak tengok 3D, takut membazir je nanti.
No comments:
Post a Comment